Penggunaan
air minuman RO (Reverse Osmosis) telah telah tersebar luas k eseluruh dunia apabila sistem penapisan air RO
diperkenalkan semenjak tahun 1970.
Penggunaan
air RO turut mempengaruhi industri air mineral dalam botol kerana air RO
lebih murah dan mudah diproses.
Cara
pemprosesan air RO melibatkan tekanan tinggi yang memaksa air
melalui membran separa telap yang sekaligus menapis zarah-zarah bahan cemar dan kotoran
yang mempunyai saiz-saiz tertentu.
Zarah-zarah bahan cemar
yang lebih besar daripada saiz liang separa telap ini akan ditapis, manakala zarah-zarah cemar yang
lebih kecil tidak dapat ditapis dan akan kekal dalam air
minuman tersebut.
KEBAIKAN AIR R.O.
Bertahun lamanya saya meminum
air RO kerana mempercayai bahawa air RO adalah air minuman yang terbaik. Namun,
setelah melalui pengalaman sendiri serta meneliti kajian-kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar,
ternyata keburukan meminum air RO jauh lebih membimbangkan berbanding kebaikannya.
Satu-satunya kelebihan
air RO berbanding air mineral atau air paip yang dimasak adalah air RO
bebas daripada sebahagian besar bahan cemar yang memudaratkan.
Sistem Penapisan
Air RO yang baik mampu menapis hampir semua bahan cemar seperti logam berat, raksa,
arsenic dannitrat.
KELEMAHAN AIR R.O.
Berikut adalah
2 kelemahan utama meminum air RO:
1. Air Bebas Mineral.
Memandangkan kebanyakkan zarah-zarah mineral (termasuklah sodium, kalsium,
magnesium dan zat besi) adalah lebih besar daripada zarah air, mineral-mineral yang
diperlukan tubuh ini turut ditapis oleh membrane separa telap sistem RO.
Walaupun terdapat banyak maklumat bercanggah di dalam internet
berkaikan kebaikan air RO untuk kesihatan, saya sendiri penuh yakin dan percaya bahawa
air RO yang bebas mineral semulajadi ini amat memudaratkan kesihatan.
Organisasi KesihatanDunia (WHO) telah pun menjalankan penyelidikan dan mendedahkan beberapa risiko penyakit yang disebabkan oleh meminum air bebas mineral atau air RO. Antaranya adalah masalah perut usus, masalah ketumpatan tulang, masalah lutut dan sendi, juga masalah jantung.
Sila rujuk jaringan dibawah untuk maklumat tambahan :
Kehilangan mineral semulajadi dalam air RO
juga menyebabkan kehilangan “rasa” air. Kini, semakin ramai yang mengembalikan mineral-mineral
semula jadi dengan menitiskan pati mineral pekat untuk mengembalikan “rasa” air.
2. Air Berasid.
Antara faktor utama kenapa air RO
amat buruk untuk kesihatan adalah air yang hilang mineral
semulajadinya menyebabkan ia cenderung menjadi berasid (bawah 7.0pH). Meminum air bebas mineral ini mengganggu keseimbangan pH dalam darah dimana ia sepatutnya sedikit beralkali.
Dalam pengamalan perubatan semulajadi dan alternative, keasidan berlebihan dalam badan dikatakan merupakan factor
utama hampir kesemua penyakit-penyakit moden. Semenjak tahun 1931 lagi, pemegang
Nobel Prize yang mengkaji penyebab cancer, Dr. Otto Warburg
telah menyatakan bahawa kekurangan osigen dalam sel-sel tubuh disebabkan oleh keasidan
yang tinggi dalam badan.
Kajian juga menunjukkan bahawa meminum air bebas mineral “berasid”
ini cenderung menarik dan “mencuri” mineral-mineral
penting seperti kalsium dan magnesium keluar dari badan terutamanya daripada tulang dan gigi sebagai tindak balas semulajadi badan untuk menyeimbangkan
pH badan kita.
Tidak mengapa. Sememangnya air RO adalah antara air paling bersih selepas air suling. Namun, seperi yang telah kita ketahui, paling bersih bukanlah bermaksud paling sihat untuk diminum.
Maka sebab inilah kami melaksanakan Projek Air Mineral untuk menggalakkan orang ramai mengembalikan mineral semulajadi dalam air minuman terutamanya air RO.
Kami sarankan agar anda mengembalikan semula mineral semulajadi ke dalam air RO dengan menitiskan titisan mineral kedalam air minuman anda.
Malahan, cara sebegini adalah cara yang paling menyihatkan kerana air dibersihkan sepenuhnya melalui proses RO dan kemudian “dihidupkan” kembali dengan titisan mineral.
Semoga kita hidup lebih sihat dengan menukarkan "racun" (air RO) kepada penawar (air RO + Titisan Mineral) in shaa Allah…
Wallahualam…
Yang Benar,
Ahmad Saifulzaman
Ahmad Saifulzaman
*Wassap kami untuk mendapatkan titisan mineral melalui talian 012.3455387 atau melalui facebook dengan nama SAIFULZAMAN MAHADI
Assalamualaikum..
ReplyDeleteMaaf saya bertanya berkenaan statement "Kajian juga menunjukkan bahawa meminum air bebas mineral “berasid” ini cenderung menarik dan “mencuri” mineral-mineral penting seperti kalsium dan magnesium keluar dari badan terutamanya daripada tulang dan gigi sebagai tindak balas semulajadi badan untuk menyeimbangkan pH badan kita."
Saya kurang jelas tentang statement 'mencuri' tu untuk seimbangkan pH badan. Semestinya kita bukan semata-mata minum air RO untuk hidup kan? Kita juga makan dan semestinya makanan tu sendiri mengandungi garam minerals, vitamin dan zat yang kita perlukan.
Mohon pencerahan. Tq.
Btl tu ... Mmg kena harapkan mineral dr air ke ..air paip yg kite minum skarwng ni dtg dr sumber semulajadi ke? Dr bawah tanah?
DeleteBtl tu ... Mmg kena harapkan mineral dr air ke ..air paip yg kite minum skarwng ni dtg dr sumber semulajadi ke? Dr bawah tanah?
DeleteKKM dah approved siapa lagi yang kita harus letak keyakinan ..kerajaan atau blogspot?
DeleteBulsit u komen air RO demi kepentingan produk mineruk u....
ReplyDeleteHahahaha... Nampak kemas je point nya tepek dlm blog sendiri... Alih2 rupanya nk jual produk sendiri kah kah kah.. Ini mmg lawak yg menjadikkkk.. Hahahahahaha
ReplyDeletemineral dlm air yg selalu diminum
ReplyDeleteMohon sharr
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteBerkaitan air RO, ia tidak menjadi masalah jika manusia minum. Kebiasaan, air RO ini di momok-momokkan merbahaya untuk kesihatan kerana sifat air RO yang tulen (tiada mineral dan galian terlarut)di kata kan akan menyebabkan kesihatan terganggu akibat kurang mineral dan air itu akan turut serap mineral dalam badan. Ia adalah tanggapan yang salah sama sekali. Manusia sebenarnya mendapat sumber mineral dan galian yang banyak bukan sahaja pada air, tetapi pada makanan juga. Makanan yang di makan juga ada kandungan mineral dan galian terlarut. Tidak menjadi masalah dan tidak bahaya jika manusia minum air RO ini.
Saya sokong ,betul betul
DeleteTapi why not Kita cari satu produk yang ada semua khasiat
DeleteDan bagus untuk diminum oleh keluarga ,kanak-kanak dan bayi sebab WHO (WORLD Health Organization) dah bagitau dan amat risau untuk kesihatan manusia jika minum Air RO berpanjangan
Betul tu..
Deletekalau org tgh mengandung nk mningkat kn HB pun doctor Sarankan mkn ikan bilis.
Tak ada pun suruh mnum air mineral.
pada ikan bilis pun da banyak mineral
Saya sokong kat hospital pun guna penapis air jenis ro
DeleteSaya setuju pendapat ini tiada bukti saintifik seperti yang diberi oleh Admin.. WHO yang dijadikan rujukan hanyalah sebahagian dari pendapat bukan keputusan oleh yang demikian KKM masih meluluskan air minuman
DeleteBetul tu sumber mineral bkn bergantung pd air semata2, makanan pun mengandunhkn minral penting
Deletero sesuai bila time makan ubat...ubat akan cepat larut dlm air ro....dlm jangka masa yg panjang rasanya memang akan beti kesan ....antaranya menyerap mineral dlm badan.....walaupun makan mineral dari sumber lain....tapi akan diserap oleh RO water....
DeleteRo pilihan saya & keluarga ! Dah berpuluh tahun guna Alhamdulillah kami sekeluarga sht dgn izinNya! Penapis tidak cerdik utk pilih mineral baik @ tidak , jadi utk selamat saya pilih penapis yg blh buang semua mineral baik @ jahat ! Dlm air jugs terdpt logam yg bahaya ' kami tidak akn ambik risiko dgn bli penapis selain ro
ReplyDeleteAir ro tak menghilangkan rasa dahaga pon
DeleteSalam, saya Ilias ingin berkongsi tentang RO
DeleteSalam, RO mesin APA YG tuan pakai
Deletetiada masalah pun kalau minum air ro setiap hari .. dalam makanan harian kita juga sudah ada mineral .. 😊
ReplyDeleteSalah ni
Deletekalau perlukan air tanpa mineral.. kenapa Allah cipta air zam zam yg byk mineral kat dalamnya? sbbnya senang je.. klu korang haus dan berpeluh lepas penat buat kerja, apa maksudnya? maksudnya byk mineral da keluar melalui peluh dan perlu topup mineral yg hilang.. so korang haus akan mkn ke minum? npe perlu minum sbb kata leh dpt zat mineral dari makanan je.. tp still kena minum utk hilangkan haus.. jadi meminum air mineral sudah memadai utk hilangkan haus dan gantikan mineral yg diperlukan utk waktu itu.. klu minum air RO semata² mineral masih tidak dpt diperolehi dan kena makan plak utk tmbh mineral..
ReplyDeleteBetul sya setuju
DeleteBetul.. Statement berkenaan air ro ni betul,ramai yg xthu effect nye air ro ni.. Sbb dia org x mengkaji dlu..
Deleterisau dgn bahan toksid dalam air? tapi tak risau plak bahan² yg tak sepatutnya dalam makanan.. pengawet, pewarna, bhn² toksid dalam makanan.. makanan skrg da kurang zat, melainkan klu rajin masak sendiri.. byk fastfood.. yet minum air takde zat
ReplyDeleteWHOw(World Health Organization)
ReplyDeleteDah menyatakan keburukan RO
WHO dah buat penyelidikan...kita main tanggapan aja... saya setuju air RO tidak bagus di minum....
DeleteGuna penulen air Jiksoo... tidak bertakung, suci dan penuh mineral dari SK magic... dilengkapi dengan uv sterelization lagi... ro bertakung bersih tapi jadi tempat pembiakan bakteria...
ReplyDeleteAir RO hanya sesuai untuk persakit buab pinggang, kerana RO tanpa miniral so buat pinggang tak perlu buat kerja proses miniral, bagi manusia normal yg tak ada sakit buah pinggang sila minum miniral, RO air kosong tanpa sebarang zat sesuai utk persakit buah pinggan
ReplyDeleteauta je ni. kebanyakan hospital ada coway RO, x kan doktor x tahu kut tentang kononnya bahaya RO...hahaha... keluarga sy dh lama minum RO ni, Alhamdulillah semakin sihat.
ReplyDelete